Menceritakan insiden menakutkan itu, Mawi memberitahu perompak dipercayai telah memecah masuk ke rumahnya melalui tingkap tepi yang tidak bergril.
"Sebaik masuk melalui tingkap, mereka menuju bilik nenek sebelum mengikatnya dan membawa ke bilik saya. Isteri saya yang tersedar selepas terdengar ketukan pintu, namun sebaik dibuka, tiga daripada empat lelaki berkenaan mengacukan parang ke leher Ekin. Kemudian Ekin dan ibu mertua saya diikat,"kata Mawi kepada Harian Metro.
Perompak yang dipercayai warga asing itu kemudian mengacukan parang ke muka Mawi mengarahkannya tidak membuat bising sebelum Mawi turut diikat.
Dalam tempoh 20 minit, perompak yang menggeledah bilik tidur berjaya melarikan diri dengan barang berharga yang dianggarkan bernilai lebih RM10 ribu.
Mawi bersyukur kerana perompak tidak mengapa-apakan puteri sulungnya yang berusia sebulan, Cahaya Malaika yang ketika itu sedang nyenyak tidur.
Sementara itu, polis yang bertindak pantas selepas menerima laporan daripada Mawi telah berjaya menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia 20-an yang bekerja sebagai buruh binaan di kawasan berhampiran.
Ini adalah kejadian kedua dimana kali pertama berlaku pada tahun 2008 ketika itu mereka tiada dirumah dan hanya kehilangan sebuah tabung.