Tuesday, March 13, 2012

KOMIKA - Sebuah novel untuk Peminat dan Pembikin KOMIK~!!

(Copy je)
Hoho, ini Aman nak kenalkan sebuah novel yang sangat sesuai dengan peminat komik! Boleh dikatakan sebagai buku tutorial pada sesiapa yang mahu menjadi pelukis komik. Iaitu KOMIKA~!! Tulisan daripada penulis super ohsem rajin, Nazry Salam~!!

Apa yang best tentang novel ini ialah, dia menceritakan dari mula tentang apa alat2 melukis yang perlu digunakan, hinggalah ke cara2 pembikinan komik itu sendiri. Dengan gaya cerita yang santai, dan lawak (ada sedih juga..huhu) cerita ni memang sesuai untuk semua lapisan umur la.

Tak percaya?? Haa, masa Aman 1st dapat novel ni, orang pertama yang khatam novel ni ialah mak Aman sendiri. Dan mak Aman memang puji novel KOMIKA ni, katanya, penggunaan bahasa yang mudah dan jalan cerita yang best! Impak novel ni kat mak Aman lak, sampai mak Aman sendiri dah faham tentang pensil lid biru, thumbnail dan macam2 proses berkomik. Pehhhh~!!

Buat masa ni, Aman sebenarnya belum lagi berkesempatan khatamkan lagi sebab Aman sedang sibuk dengan kerja melukis. Tapi pelikkan? Macamana Aman tau ceritanya? Haaaa~!! Sebab Aman dah pernah baca cerita ni secara sinopsis panjang (detail tu) sebelum novel ni keluar lagi. Sebab apa?

Sebab Aman ada sumbang karya komik dalam novel ni~!! Yeah!! Komik 10 muka surat khas yang bertajuk KOMIKA juga!

Komik itu boleh didapati di dalam novel tu. Kalau korang beli novel KOMIKA ni, korang memula akan pelik, sebab dia berbalut penuh (takyah nak pelik la..normal je novel berbalut.. =__=). Rupanya, di dalamnya ada komik Aman yang diprint berasingan! Hehe. Tapi, Aman tak pasti samada komik ni akan selamanya ada bersama novel ni atau tak. Sebab di depan kaver novel ni, ada tertulis, PERCUMA KOMIK: Edisi Terhad.

Jadi, Aman assume yang komik ni mungkin ada pada awal cetakan novel KOMIKA saja kot.. (Naz, kalau aku silap, betulkan ye..) Kalau betul macam tu, korang yang nak dapatkan komik ni, mesti cepat2 beli novel KOMIKA kat kedai2 buku berhampiran korang sekarang!! Tapi, jangan beli sebab Aman suruh beli komik tu semata2. Hahaha. Baca juga novel tu. Novelnya itu ganteng bangat sih!!

Apapun, Aman ucapkan all the best pada Nazry Salam untuk projek novel seterusnya. Aman yakin suastu hari nanti dia akan menjadi novelis ngetop di Malaysia ni! Ganbate!!!

BTW, korang boleh beli secara ONLINE dengan KLIK SINI~!! Yeah!

-out-

Selain KOMIKA, ada lagi novel Maria Heroin Kita, novel Hero vs Bonda Pet, dan komik TWIN-X 4 yang masih belum sempat nak baca.. huhuhu.. Nak beli Kawanku Panda nanti di pesta buku! XD

No comments:

Post a Comment

LinkWithIn

bla wat the